May 28, 2009

Buntu

Ko baik, aku jahat. Ko hensem, aku ok la. Ko hebat, aku lahanat. Itu yang kita asik dengar dari mulut orang yang tak puas hati dengan orang lain. Sampai bila kita misti begitu, payahkan. Bole ke kita jangan ada sifat macam tue sian kat mak bapak kita sebab kalau dia tau kita macam nie sumpah dia akan menyesal dengan cara mendidik kita. Tu yang aku rasa walaupun aku dibesarkan dengan sempurna kenapa benda2 begini masih ada lagi. Buntukan.... 

May 27, 2009

Perangai budak-budak

Kisah nie baru terjadi semalam. Aku gan Ash lepak minum, makan, isap rokok, cite pasal kawan-kawan. Tiba-tiba aku lihat sorang budak tengah usha mamak tue dia tenung je sambil meneguk air liur. Apa lagi dengan laju di menerjah mamak tue dan berkata. Nak air singgit ada tak. Mamak tue blur pastu dia berkata sesama sendiri dan keputusan nya okie. Pantas sungguh dia buat air Milo ais budak nie, aku terharu rupanya warna kulit kat malaysia tak ada perbezaan, aku suka. Tapi tiba-tiba aku kesian tengok mamak tue pasal budak tue kata mamak nak ais medium wah kiwak dah la nak air singgit banyak songeh lak. Aku kesian tapi kenapa aku tersenyum. Dunia-dunia...

May 26, 2009

Jawapan binatang

Dari pagi sampai la hari nie aku tunggu jawapan ko. Mat rempit.

Asal lak ko nie. Aku.

Yela dah tak bole tido malam pikirkan jawapan ko. Mat rempit.

Ko ingat senang ke nak buat teka-teki. Aku.

Baik ko bgthu jawapan klau tak aku ragut dan bunuh ko. Mat rempit.

Hek eleh macam power je. Aku.

Cepat la klau tak aku langgar ko macam aku langgar orang, polis pun aku langgar tau. Mat rempit.

Ko apa pasal. Aku.

Yela nak tunggu jawapan ko punya pasal tau, cepat la jangan sampai aku bunuh ko lak kejap lg. Klau aku dah marah jangan kata ko selamba aku bunuh orang perempuan tua gan perempuan muda pun aku bunuh. Mat rempit.

K la aku bagi ko jawapan ko janji jangan bunuh orang lagi. Aku.

Baik. Mat rempit.

Jawapannya ialah ko lah mat rempit ko la sebenar nya binatang tue. Aku.

Ia ke aku ke binatang ahha la perangai aku macam binatang la sebab binatang tak ada akal so aku tak akan berubah lantak la rempit tetap rempit. Mat rempit.

tula kan susah la orang macam binatang nie perangai macam binatang hati macam setan. Berubah la ko tue bukan leh merempit pun sampai ke tua. Malu la anak cucu gan cicit ko klau tau ko merempit. 

May 25, 2009

Teka-teki binatang

Hoi, binatang sini jap. Bab! la ko nie ko panggil aku binatang lak. Aku cuba menyakinkan kenyataan si Abu tue salah. Ala sori meh la sini. Ok aku datang. Sampai je aku tanya apa dia kiwak. Dia kata ko bosan ek meh la main teka-teki gan aku. Ala apa punya tur la dia nie aku kan tadi tengah buat kerja dia kata aku lak yang bosan. Memang la ko nak kena sepak konon ko nak menghiburkan hati aku tapi aku cepat potong ko dengar teka-teki aku dulu. Ok seronok gak nie.

Apa binatang yang ada:-
2 roda, 4 kaki, 2 badan, 4 tangan, 2 kepala dan satu otak tp lebih kecil dari matanya?

Kalau ko bole jawab ko pandai. Abu pun apa lagi memikirkan kan dengan penuh ligat. Akhirnya dia menyerah kalah tapi aku pandai aku tak bagi jawapan aku cakap ko punya teka-teki ko simpan ko bagitahu aku bila ko dah dapat jawapan aku. Aku meninggalkan dia sambil memikirkan jawapan. Kalau ada orang lain yang tau bagus la. Aku harap ada orang yang sedar.

May 22, 2009

Seksa la macam nie

Malam
Nak tido dah tp kenapa tak leh tido nie. Mata yang pedih ke telinga yang pedih. Kepala lak sakit sebab banyak sangat kira duit dalam tabung atau tengah pikirkan masalah lain. Tangan lak rasa semacam tak gatal tak bisa tak tau la kenapa. Tuhan tolong la esok aku masih nak hidup. Aku tak mau rasa seperti ini. Bila la semua yang aku rasa nak berhenti. Eh..la dah nak pukul 2 cuba la lelap mungkin boleh kut.....zzz..z.z..z.z.z

Pagi
Eh...pagi dah ala malasnya. Ait betul la dah tak rasa macam malam tadi. Horay...seronoknya. Wah tadi aku kat Alam Damai sekarang kat jalan Ampang cepatnya. Roti telur gan susu layan gak boleh nak minta satu. Kerja...kerja....kerja la esok kan penting ok start plan. AHHA dapat ok jalan je la boleh tue nampak sweet je.

Petang
Itu..ini..itu..ini macam sundal je. Ok la asal ko jangan datang lagi dah. Eh...la nak lupa lak bole masuk neraka jahanam nie kena cepat. Lega selesai alamak dah nak malam la jadi ke macam malam semalam ala jangan la.....tolong la aku tak nak....aku minta, aku rayu nie, tolong la................esok tak tau lagi

May 20, 2009

Pasal rokok sebatang.

"Hoi, Pipi hang tau tak semalam Boss marah pasal rokok".Paan berkata sambil membesarkan mata.
"Padan muka hang sapa suruh hang isap rokok dalam bilik dia".Aku berkata sambil membaca kosmo online.
"Pala hotak hang".Paan kata sambil keadaan terbakar panas.
"oh yeke otak aku hang otak udang". aku coverline supaya tiada berlaku pertumpahan darah.

***********
Aku memdengar cerita paan dengan penuh khusyuk. Tiba-tiba aku rasa kekesalan timbul dalam hati. Kalu la aku bukan seorang perokok misti aku akan menjadi kesayangan boss aku. Abis la aku kali nie tak ada bonus la tahun nie. Sial la keji siapa yang isap rokok, yela dulu kena sorok dari boss klau nak isap kena gi isap kat tangga tingkat atas. Bila kantoi kena marah sebab buang saki baki rokok rata-rata. Sekarang nie bila isap rokok kat luar opis terasa seperti Perempuan simpanan, mana taknya bila boss lalu senyum je supaya boss bole tergoda dan cair tak marah. La nie bila boss dah bising mana nak gi. Member aku cakap isap rokok kat tepi sudut kat kedai makan terasa seperti penagih lak, ada yang cakap isap rokok kat bangunan satu lagi kena jalan 3 bangunan tapi bila pikir balik bila sampai sana kena isap rokok sudah semistinya tapi bila balik sini kena isap sekali lagi sebab penat. Ahhhhggg....kusut jadi aku ingat tak mau isap rokok lagi tapi apakan daya aku manusia biasa poyo sekejap je.

***********

Aku ada idea apa kata aku kembali kepada cara merokok semasa sekolah isap rokok dalam hutan. Baru la best kita isap rokok sambil tenangkan fikiran pastu leh merasai keindahan alam semulajadi. Aku menyokong kehidupan sihat dengan menikmati alam sekitar. Boss aku pasti berbangga dengan aku sebab aku mendekatkan diri dengan alam sekitar walaupun dengan cara merokok.

May 17, 2009

Tiada tandingan.....

18 kali babe...

Kejadian sama berulang selama 3 tahun berturut-turut, tiada silapnya cuma ada segelintir yang taknak menerima hakikat. Manusia yang tak boleh menerima akan melancarkan peperangan kalau bole nak boom je, nak tembak je biar mereka semua mati kojol. Kesian klau mereka dilakukan seperti begitu...kesian..kesian. Kami buktikan bahawa kami adalah pasukan yang terhebat sudah menyamai rekod legend bak kata pemenang...yeyey kita menang lagi bak kata peminat. Kami pasukan hebat setakat mata yang banyak bukan semistinya power pun bak kata pengalah yang bongkak.....Ala menang nasib je tue tahula ko tahun depan nanti bak kata yang peminat yang kecewa. Apa pun aku nak cakap terima kasih banyak2 kerana ko tak malukan aku bole aku jumpa kawan dan ke opis dengan riang dan gembira. Aku lak bole menjadikan orang lain menyampah dengan aku sebab aku pemenang kerana tekaan aku betul selama ini. Glory...Glory Man Utd....hohohohoh