May 14, 2009

Hadiah di Hari Cikgu

Dulu aku ingat lagi waktu sekolah tadika aku menyambut perayaan yang akan buat semua murid suka hati nak jalan ke atau berlari ke dalam sekolah tanpa kemarahan orang yang aku panggil cikgu. Waktu tue semua orang datang ke sekolah dengan satu matlamat yang sama itu pun setahun sekali je iaitu nak sambut hari guru. Semua sedia nak bagi hadiah kat cikgu masing-masing termasuk gak aku. Kawan aku Iman bagi tak nak mengalah bagi 2 hadiah kat cikgu yang sama, satu masa bagi ramai-ramai satu lagi bagi masa nak balik. Yang aku nak cerita nie masa nak balik, hari tue semua orang bole balik awal sebab cikgu penat mengendalikan hari guru so kami semua bersorak gembira la sampai ada yang menadahkan tangan berdoa agar cikgu kami dilindungi sebab keprihatinan kepada kami tapi Iman tak beranjak walaupun sebesar duit lima sen. Aku pelik aku ajak dia balik dia diam je tak mau nak balik pelik lagi. Aku kesian aku datang dekat gan dia tiba-tiba aku tersentap dengan satu bau yang menyusuk perasaan benci kepada dia. Aku terdiam aku minta cikgu datang dekat gan dia tanya dia kenapa, cikgu menuruti arahan aku sejurus itu muka cikgu aku berubah dari muka suci kepada muka macam belon berwarna merah aku takut aku diam di tepi muka pintu. Iman pun menangis tanpa henti aku menyampah dengan dia sebab perangai dia macam kiwak. Suasana bertukar kecoh seketika cikgu memarahi Iman "Iman kalau nak berak bagitahu cikgu bole cikgu temankan""Iman takut la sebab semua nanti ambik makan Iman". Itula hadiah yang paling bermakna sebenarnya Cikgu nie umpama mak dan ayah kepada kita. Dia yang mendidik kita menjadi manusia berguna. Terima Kasih Cikgu Faridah jasa cikgu akan saya kenang sampai bila-bila terutamanya Iman manusia yang cekal menjaga hak dia walaupun terpaksa berkorban.

No comments: